LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA KURAU, 22 OGOS – Sebuah bot nelayan tempatan kelas B, ditahan pada jarak lebih kurang 12.8 batu nautika dari Barat Daya Pulau Kelumpang, Perak oleh bot peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau lebih kurang jam 4.00 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Bin Ghazali berkata, hasil dari pemeriksaan, seorang tekong lelaki warga thailand berumur 48 tahun bersama dua orang awak-awak warga thailand semuanya lelaki berumur 42 dan 45 tahun berada di atas bot tersebut dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat lesen kerana tidak mengusahakan sendiri dan menggunakan kru bukan warganegara tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Perikanan.

“Bot berkenaan bersama satu tekong dan dua awak-awak warga thailand ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau, Perak untuk siasatan lanjut,”

Beliau menjelaskan, hasil tangkapan sebanyak 200 kilogram udang campur telah dilelong dan akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985,” kata kenyataannya.

“Pihak kami memandang serius terhadap kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 bagi kesalahan yang melibatkan aktiviti menangkap ikan dilaut yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Komander Maritim Mohd Sharenliza berharap orang awam dapat bekerjasama dengan menyalurkan maklumat berkenaan jenayah dan kecemasan di laut melalui talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919.

BOT PUKAT TUNDA DITAHAN

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Kuala Kurau