LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PERLIS, 19 OGOS - Sebuah sampan tanpa nombor pendaftaran ditahan bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan menggunakan kaedah yang dilarang pada jarak lebih kurang 0.7 batu nautika dari pantai Sungai Padang pada jam lebih kurang 10.47 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis,Komander Maritim Nurulazme Bin Zakariah berkata, hasil aduan dan maklumat orang awam terdapat aktiviti penangkapan ikan menggunakan kaedah rawa sorong dilakukan oleh sampan terbabit di perairan Sungai Padang.

"Semasa pemeriksaan dilakukan didapati seorang tekong dan seorang awak-awak warganegara tempatan berumur 21 dan 23 tahun berada di atas sampan tersebut.kesemua hasil tangkapan ikan seberat lebih kurang 20 kilogram beserta sampan dan kru ditahan serta dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis," katanya.

Kesemua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan untuk menangkap ikan dan Peraturan-peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980 jadual 2 iaitu menggunakan kaedah penangkapan ikan dengan menolak di sepanjang dasar laut dengan menggunakan bot berjentera.

“Pihak Maritim akan terus membuat rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara dari semasa ke semasa untuk mencegah aktiviti penyeludupan, pencerobohan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan utara Semenanjung Malaysia. Maritim Malaysia juga meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini. Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162,” jelas beliau.

bot RAWA SORONG

Sumber:Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Kuala Perlis