LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 18 OGOS - Maritim Malaysia, Zon Maritim Tg. Sedili (ZMTS) telah menahan sebuah kapal jenis Mini Tanker tanpa muatan kerana berlabuh tanpa kebenaran pada petang semalam di perairan Johor Timur.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Bin Nayan, Pengarah ZMTS berkata, sebuah kapal tangki yang berdaftar di Ulaanbaatar ditahan bot ronda Maritim Malaysia di kedudukan 3.1 batu nautika Timur Tanjung Penyusop pada lebih kurang 6.45 petang. Penahanan dilakukan setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dari Pengarah Laut.

"Kapal tersebut yang dikendalikan oleh enam kru termasuk Nakhoda (Master) berumur lingkungan 24 hingga 61 tahun. Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut. Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM 100 ribu atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya" katanya lagi.

Zulfadli menjelaskan lagi, penahanan ini merupakan kes ke 24 melibatkan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 bagi ZMTS untuk tahun 2019. Maritim Malaysia menegaskan akan sentiasa meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan negara khususnya Perairan Johor Timur.

SM MSO 18

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tanjung Sedili