LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PELABUHAN KLANG, 16 OGOS – Dua buah bot nelayan tempatan ditahan Maritim Malaysia Negeri Selangor ketika sedang leka menangguk kerang pada jarak 0.3 batu nautika muara Sabak Bernam lebih kurang 11 malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, dua buah bot nelayan tempatan kelas A itu ditahan bersama dua orang tekong dan lima orang awak-awak lelaki warganegara Myanmar.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kedua-dua bot berkenaan mendapati enam buah peralatan menangguk kerang serta 9 tong berisi kerang yang telah diambil mereka tanpa kebenaran. Manakala kedua-dua tekong dan awak-awak tersebut tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” ujar beliau.

Kesemua yang ditahan itu berumur di antara 18 hingga 35 tahun kemudiannya diiringi bersama hasil kerang seberat lebih kurang 900 kilogram yang dianggarkan bernilai RM35,000 termasuk bot dan peralatan menangguk kerang ke Jeti Bagan Sungai Lang, Sabak Bernam untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

SM KERANG

SM KERANG 2

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Selangor