LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUCHING, 14 Ogos - Pesawat Bombardier CL415 milik Maritim Malaysia ditugaskan untuk membantu menangani masalah kebakaran tanah gambut yang berlaku di Kuala Baram, Miri mulai esok.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan menyatakan perkara ini dalam sidang media yang berlangsung di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) hari ini.

“Bahagian Operasi Udara (BOU) menghantar dua set pasukan penerbang yang terdiri dari juruterbang dan anak kapal yang akan menyertai operasi pemadaman kebakaran di Miri,” jelas beliau.

Operasi ini akan dikoordinasi oleh Zon Maritim Miri dengan kerjasama BOU dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia di Putrajaya. Pihak Maritim Malaysia menyasarkan untuk membuat sekurang-kurangnya dua sortie pada setiap hari dimana akan memakan masa lebih kurang empat jam bagi setiap sortie. Kehadiran pesawat dari Maritim Malaysia juga adalah bagi membantu Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia yang telahpun berada di lokasi tersebut.

Maritim Malaysia menyeru orang awam agar tidak memburukkan lagi keadaan dengan melakukan pembakaran terbuka yang akan menyebabkan meningkatnya kadar Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah Miri khasnya.

BOMBARDIER CL 415 AKAN BANTU BOMBA PADAM KEBAKARAN DI MIRI MULAI ESOK

BOMBARDIER CL 415 AKAN BANTU BOMBA PADAM KEBAKARAN DI MIRI MULAI ESOK 2

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Sarawak