BATU PAHAT, 9 Ogos - Sebuah bot barter trade yang dalam perjalanan pulang ke Indonesia karam di perairan Benut jam 11.00 malam tadi.

Pengarah Maritim Zon Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad bin Othman berkata, bot berkenaan yang dalam perjalanan pulang ke Tanjung Balai,Indonesia telah karam akibat haluan bot pecah semasa mengharungi ribut. Kesemua tekong dan awak-awak berjaya menyelamatkan diri dengan memakai jaket keselamatan dan berpaut pada tong minyak yang terapung.

Mereka kemudianya diselamatkan oleh sebuah bot pancing yang melalui kawasan tersebut pada jam kira-kira 10.45 pagi. Sejurus menerima makluman kejadian, Maritim Malaysia telah menggerakkan sebuah bot bagi mebawa mangsa pulang.

“Kesemua mangsa yang berumur di antara 24 hingga 47 tahun itu dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk pemeriksaan lanjut,” jelas beliau.

Para nelayan diingatkan agar sentiasa menyediakan peralatan keselamatan secukupnya dan memastikan kondisi bot dalam keadaan baik sebelum turun ke laut mencari rezeki kerana dikhuatiri keadaan cuaca buruk sejak kebelakangan ini.

Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020.

3 TERSELAMAT BOT KARAM

3 TERSELAMAT BOT KARAM 2

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Batu Pahat