LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA KEDAH, 9 Ogos - Sebuah bot penumpang yang melakukan pelbagai kesalahan ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah barhampiran Pulau Payar, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal Bin Ahmad, tangkapan tersebut dilakukan semasa operasi penguatkuasaan bot berlesen siri ke 2 bersama dengan Jabatan Laut Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bot penumpang tersebut diusahakan oleh seorang nahkoda dan tiga pekerja tempatan yang berusia diantara 28 hingga 37 tahun dan semasa ditahan, terdapat pelancong dalam bot tersebut. Difahamkan bot tersebut dari Pulau Langkawi dan menjalankan aktiviti di sekitar kawasan rekreasi Taman Laut Pulau Payar.

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Bot tersebut didapati beroperasi tanpa lesen dan dokumen yang sah serta tidak memiliki perlindungan insurans bot.

“Bot berkenaan bersama nahkoda dan pekerja ditahan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan serta tindakan lanjut,” katanya.

Beliau juga menegaskan Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah akan terus mempertingkatkan pemantauan dan rondaan di sekitar Perairan negeri Kedah serta mengingatkan pemilik bot penumpang agar mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah mengalu-alukan sebarang aduan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

4 DITAHAN

4 DITAHAN 2

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Kuala Kedah