LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama


LUMUT, 8 Ogos –
Maritim Negeri Perak berjaya menahan dua bot nelayan asing Indonesia, dan juga tangkapan bot nelayan tempatan semalam.

KM MARLIN menahan kedua-dua bot nelayan asing Indonesia pada jarak kira-kira 50 batu nautika dari barat daya Pulau Pangkor sewaktu melakukan rondaan penguatkuasaan Ops Sayong pada semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak Komander Maritim Shahrizan Bin Raman berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot tersebut sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan dalam perairan Malaysia.

Bot tersebut yangdikenali KM RIZKI dan KM JURINA, berasal dari Bedagai, Medan dikatakan keluar menangkap ikan pada 5 Ogos yang lalu bersama empat dan lima orang kru yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 48 tahun.

Bot kemudiannya diiringi balik ke Pusat Tahanan Vesel Kampong Acheh dan tiba pada jam 2.15 pagi tadi untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi siasatan lanjut

Dalam kes yang berasingan pula, Bot PENGGALANG 13 juga berjaya menangkap sebuah bot nelayan tempatan kelas B yang bernombor pendaftaran PKFB 8461 jam 10.00 malam tadi.

“Bot Nelayan tersebut ditahan setelah Pusat Operasi Maritim Negeri Perak menerima aduan mengatakan terdapat terdapat bot nelayan yang melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan larangan,” katanya.

Hasil pemeriksaan, bot di tahan kerana menangkap ikan di kawasan larangan di bawah akta perikanan 1985. Bot serta dua awak-awak termasuk tekong yang berusia 14 dan 49 tahun diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Kampung Acheh untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi siasatan lanjut.

Kesemua kes akan di siasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dalam perairan perikanan Malaysia dan menangkap ikan di zon larangan menangkap ikan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Sungguhpun Maritim Negeri Perak kini sedang giat membanteras aktiviti Penguasa Perikanan Indonesia yang menangkap bot-bot nelayan temptan di dalam perairan Malaysia,namun pada masa yang sama pihaknya tidak mengabaikan operasi untuk mengekang perlanggaran undang-undang yang berlaku dalam Zon Maritim Malaysia,” ujar beliau.

Beliau juga meminta orang ramai untuk terus bekerjasama membanteras dengan melaporkan menyalurkan maklumat bot nelayan yang melanggar syarat lesen menangkap ikan. Tambah beliau lagi, orang awam dimohon menyalurkan maklumat segera bagi menghalang kegiatan mencuri hasil laut di perairan negara.

2 BNI DAN BNT

2 BNI DAN BNT 2

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Perak