LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

JOHOR BAHRU, 7 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Johor (Maritim Malaysia) berjaya menemukan seorang jurutera kapal tunda warga Indonesia yang dilaporkan hilang ketika pelayaran dari Kuala Linggi, Melaka menuju ke Singapura sejak 5 Ogos lalu di lebih kurang 7.0 batu nautika barat laut Pulau Kukup.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksmana Pertama Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid, berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat oleh Kapal TB Sinaran Emas yang melalui kawasan tersebut.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan selepas mayat mangsa dibawa ke jeti Maritim Malaysia Sungai Pulai, Iskandar Puteri pada jam 7.30 petang semalam sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk tindakan lanjut.

“Berdasarkan pengesahan awal mangsa berdasarkan baju mayat yang ditemui adalah melalui warna baju mangsa seperti maklumat diperolehi daripada pihak syarikat. Namun, pengesahan lanjut akan diuruskan dgn pihak syarikat di hospital kelak,” katanya.

“Mangsa Sugionto, 47 tahun yang bekerja sebagai jurutera kapal tunda TB Commerson Dolphin sebelum ini disedari hilang oleh Ketua Jurutera Kapal tersebut pada jam sekitar 6 pagi, 5 Ogos, di lokasi lebih kurang 3 batu nautika selatan Tanjung Piai.

Sebarang kejadian kecemasan di laut hubungi talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 09- 219 9404 khususnya bagi kejadian di sekitar perairan negeri Johor. Maritim Malaysia menyeru komuniti maritim untuk sentiasa mengutamakan keselamatan di laut dan sentiasa cakna dengan keadaan cuaca bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

SAR JURUTERA HILANG

SAR JURUTERA HILANG 2

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Johor