LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA KEDAH, 7 Ogos – Tiga nelayan warga Indonesia ditemui di Pantai Kuala Kangkong, selepas bot yang dinaiki mereka hanyut dari perairan Aceh 29 Julai lalu, diserahkan kepada pihak kedutaan negara itu hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad berkata, tiga nelayan yang dikenali sebagai Hamidin bin Umar 34, Samsudin bin Mayak 37 dan Afifuddin bin Ismail,31 ditemui oleh nelayan tempatan berhampiran pantai tersebut setelah bot yang mereka naiki rosak dan hanyut ke perairan negara ini.

“Hasil siasatan awal, mangsa telah keluar ke laut pada 29 Julai lalu untuk menangkap ikan bersama dua awak-awak. Ketika sedang memukat, bot mereka mengalami kerosakan enjin dan mangsa gagal bantuan kerana telefon bimbit rosak,” katanya.

Tambah beliau, bot nelayan terbabit telah hanyut dibawa arus selama beberapa hari hingga memasuki perairan negara.

Pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia ) menyerahkan ketiga-tiga nelayan terbabit kepada wakil kedutaan Indonesia, yang diwakili oleh Bapak Indra Primasetya di Pejabat Maritim Zon Maritim Kuala Kedah di sini.

Beliau berkata semasa dalam pemantauaan dan jagaan Maritim Malaysia, kesemua nelayan terbabit diberikan rawatan sewajarnya dan berada dalam keadaan baik. 

Zon Maritim Kuala Kedah mengharapkan kerjasama antara Agensi ini dengan komuniti nelayan kawasan dapat terus ditingkatkan dan mengalu-alukan aduan serta sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

3 nelayan serah kepada kedutaan

3

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Kuala Kedah