LUMUT, 6 Ogos - Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak selesai melaksanakan tiga serah terima tugas Pengarah Maritim Negeri Perak, Pengarah Swasla Lumut dan Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau di Maritim Negeri Perak pagi semalam.

Majlis dimulakan dengan penyerahan Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Wan Mat Bin Wan Abdullah kepada Komander Maritim Shahrizan bin Raman. Kemudiannya penyerahan Pengarah Swasla Lumut dari Komender Maritim Khoo Teng Chuan kepada Kepten Maritim Wan Mat Bin Wan Abdullah. Akhir sekali penyerahan Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau dari Leftenan Komander Maritim Mohamad Bin Zainal kepada Komander Maritim Mohd Sharenliza Bin Ghazali.

Majlis yang bermula pada jam 09.00 pagi tadi disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Logistik APMM iaitu Laksamana Madya Maritim Dato Tan Kok Kwee. Turut hadir juga Pegawai dari agensi sahabat iaitu Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja untuk menyerikan lagi majlis.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua dan semoga menjanjikan pencapaian yang lebih baik pada masa akan datang.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH MARITIM NEGERI PERAK

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH MARITIM NEGERI PERAK 2

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Perak