LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 7 Ogos - Seramai 13 orang nelayan tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam Operasi Bersepadu antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Kedah dan Perlis bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Langkawi di perairan Langkawi, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Haji Rozali bin Mohd Said, berkata, seramai 60 individu yang bekerja sebagai kru kapal tangki minyak, kru feri penumpang dan juga nelayan telah menjalani saringan air kencing dan 13 daripada mereka didapati positif dadah jenis syabu dan heroin semasa operasi dilaksanakan bermula 9 pagi hingga 7 petang.

Rozali berkata, operasi itu bertujuan membasmi penagihan dan penyalahgunaan dadah dikalangan komuniti maritim sekitar perairan Langkawi di samping mencegah pelakuan jenayah maritim lain. Operasi bersama ini juga adalah bertepatan dengan Projek Rintis Agensi Antidadah Kebangsaan dalam menangani masalah gejala sosial dikalangan warga tempatan.

“Kesemua OYDS yang didapati positif dadah ini telah menjalani proses dokumentasi berlandaskan prosedur yang ditetapkan oleh pihak AADK,” jelas beliau.

"Kita tidak akan berkompromi terhadap aktiviti yang melanggar undang-undang perairan negara dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai penyalahgunaan dadah dan sebarang aduan di laut, menghubungi talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kedah dan Perlis di talian 04-9662750," katanya.

13 PENAGIH DITAHAN

13 PENAGIH DITAHAN 2

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Kedah & Perlis