LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 5 Ogos - Maritim Malaysia, Zon Maritim Tg. Sedili (ZMTS) menahan sebuah kapal FPSO (Floating Production Storage and Offloading) kerana berlabuh tanpa kebenaran pada 6.55 petang semalam di perairan Johor Timur.

Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd Zulfadli bin Nayan, berkata, kapal yang berdaftar di Port Kelang itu ditahan kapal peronda Maritim Malaysia pada kedudukan lebih kurang 6 batu nautika Timur Tanjung Balau hasil dari maklumat awam. Penahanan dilakukan setelah pemeriksaan mendapati kapal tersebut gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dari Pengarah Laut Malaysia,

'' Kapal tersebut dikendalikan oleh 32 kru termasuk Nakhoda (Master) terdiri daripada 30 orang warganegara Malaysia dan dua lagi warganegara Indonesia berumur dalam lingkungan 20 hingga 60 tahun,” katanya.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut. Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM 100 ribu atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

Zulfadli menjelaskan lagi, Maritim Malaysia sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan akan sentiasa mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya Perairan Johor Timur.

SMO 5 OGOS

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tg.Sedili