LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

JOHOR BAHRU, 03 Ogos– Maritim Malaysia, Negeri Johor berjaya menahan sebuah sampan bersama tiga individu lelaki berumur dalam lingkungan 23hingga 43 tahun dipercayai warga Indonesia kira-kira jam 12.30 malam tadi di kedudukan lebih kurang 3.2 batu nautika tenggara Pulau Kukup.

 

Pengarah Maritim NegeriJohor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid berkata,hasildaripadamaklumatyangditerimaolehPusat Operasi Maritim Negeri Johor dan pantauan radar ACC Johor di Tanjung Piai, KapalPerondaMaritimMalaysiayangsedangmelaksanakanOpJAKSAberjaya mengesan dan menahan sebuah bot kayu tanpa nombor pendaftaran atau lebih dikenali sebagai bot lima sore bersama tiga individu yang disyaki melakukan jenayah curi.

 

“Modus Operandi yang digunakan mereka adalah sama seperti kejadian-kejadian yang lalu. Mereka menyasarkan kapal-kapal yang bergerak perlahan dan mempunyai freeboard(ketinggian dari aras permukaan laut) yang rendah seperti kapal yang sedang menunda barge. Mereka melakukan aktiviti ini secara berkumpulan namun tidak menggunakan senjata. Pada kejadian kali ini,lebih kurang dua tan besi buruk berjaya dirampas. Bot dan semua individu yang ditahan dibawa ke Jeti Maritim Sungai Pulai untuk siasatan lanjut,” jelas beliau.

 

Maritim Malaysia Negeri Johor akan sentiasa mengoptimumkan segala sumber yang ada untuk mengekang dan membanteras kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang yang terpakai di Zon Maritim Malaysia. Sebarang aduan atau penyaluran maklumat hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9041 manakala bagi sebarang kejadian kecemasan di laut hubungi MERS 999.

 

KES CURI 3 OGOS.2

 

KES CURI 3 OGOS

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Johor