LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

SEKINCHAN, 3 OGOS - Maritim Malaysia Negeri Selangor menganjurkan Program Kampung Angkat Maritim bertempat di Pantai Redang, Sekinchan dalam usaha menjelaskan isu-isu keselamatan dan undang-undang di laut kepada komuniti nelayan di kawasan tersebut.

Program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Tuan Muslimin bin Yahya serta Adun Sekinchan, YB Tuan Ng Suee Lim turut mendapat kerjasama Jabatan Perikanan dan Jabatan Imigresen yang turut menyertai sesi dialog antara komuniti nelayan setempat, di samping meraikan Bulan Keselamatan Negara dengan berslogankan 'Keselamatan Negara Kemakmuran Bersama' yang berlangsung mulai 1 hingga 31 Ogos ini.

Program turut dimeriahkan lagi dengan gimik penyerahan jaket keselamatan dan pelekat Hotline kepada komuniti nelayan setempat dan mereka turut berpeluang mengunjungi tapak pameran Maritim Malaysia, Bomba dan AADK pada hari tersebut.

KAMPUNG ANGKAT MARITIM.2

KAMPUNG ANGKAT MARITIM

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Selangor