LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

BATU PAHAT, 2 OGOS - Maritim Malaysia, Zon Maritim Batu Pahat (ZMBP) berjaya menahan seramai 14 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) termasuk tekong warga Indonesia serta seorang awak-awak warga Malaysia kerana menjalankan aktiviti penyeludupan migran pada petang semalam berhampiran Sungai Benut.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad bin Othman berkata, sebuah bot dengan enjin sangkut dikesan bot ronda Maritim Malaysia hanyut dalam keadaan mencurigakan pada jam lebih kurang 3.25 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot yang tidak bernombor tersebut disyaki membawa sembilan lelaki dan lima wanita dan awak-awak kesemuanya warganegara Indonesia dalam bot berkenaan. Mereka disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959 / 63 serta Akta Pemerdagagan Manusia dan Penyeledupan Migran (ATIPSOM) 2007 iaitu cuba keluar atau masuk Malaysia melalui pintu yang tidak diwartakan serta menjalankan aktiviti penyeludupan migrant,” katanya.

Menurut Mohamad, jika didapati bersalah suspek boleh didenda tidak melebihi RM 250,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.

“Semasa proses tangkapan, tindakan terpaksa dibuat dengan amat berhati-hati kerana saiz bot yang amat kecil dengan migran yang beresak-esak . Sekiranya berlaku sedikit kesilapan kecil semasa pelayaran bot tersebut, besar kemungkinan ianya boleh karam serta mengakibatkan kemalangan jiwa,” jelas beliau.

Operasi seperti ini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi membendung dan membanteras aktiviti penyeludupan migran yang menggunakan laluan laut untuk keluar dan masuk memandangkan cara ini amat merbahaya dan sindiket penyeludupan manusia juga dilihat seperti amat tidak menghargai nyawa penumpang-penumpang mereka.

PATI MZBP

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Batu Pahat