LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

BATU PAHAT, 1 Ogos – 10 unit bubu naga dirampas Maritim Malaysia Negeri Johor, Zon Maritim Batu Pahat pada jam lebih kurang 4.00 petang tadi menerusi Op Jaksa/ Op Anchor di perairan Sungai Ayam, Batu Pahat, Johor.

Pengarah Maritim Zon Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad bin Othman berkata, semasa rondaan dilakukan oleh enam orang kru bot Maritim Malaysia telah mengesan bubu naga yang dipasang tanpa pengawasan oleh individu tidak bertanggungjawab.

"Anggota kita berjaya merampas bubu naga berkenaan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan cara menggunakan peralatan menangkap ikan secara haram iaitu bubu naga,” katanya.

“Maritim Malaysia memandang serius kesalahan ini kerana penggunaan peralatan bubu naga secara haram boleh menjejaskan sumber perikanan kerana sifatnya yang tidak selektif selain turut memerangkap anak-anak ikan komersial sekaligus memberi kesan buruk kepada sumber hasil laut dan memusnahkan ekosistem,” tambahnya.

sm zmbp

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Batu Pahat