LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Kuala Terengganu, 3 Ogos – Tiga pekerja Coral Island Resort yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan menghantar bekalan makanan dari Jeti A’King, Kuala Dungun menuju ke PulauTenggol pada 31Julai 2019 ditemui selamat pada jam 11.45 malam 2 Ogos lalu.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli berkata, bot yang dinaiki mangsa iaitu Fauzi Mohamad 40 tahun, Muhammad Firdaus Mohd Awalluddin 25 tahun dan Mohamad Hafiz Abd Rahim 22 tahun, hanyut selepas mengalami kerosakan enjin.

Kesemua mangsa berjaya ditemui oleh bot nelayan laut tempatan dan diserahkan kepada Support Vessel JATI 4 berhampiran pelantar minyak Bunga Orkid yang terletak 150 batu nautika dari Kuala Dungun.

”Sewaktu ditemui kesemua mangsa berada dalam keadaan keletihan. Namun, krew JATI 4 telah membantu dengan memberikan makanan serta rawatan awal,” katanya.

Beliau juga menjelaskan, aset Maritim Malaysia iaitu KM PEKAN segera digerakkan ke pelantar minyak tersebut sebaik menerima laporan.Ketiga-tiga mangsa tersebut akan dibawa oleh KM Pekan ke Kuala Dungun dan jangka masa tiba dianggarkan jam 11malam hari ini.

SAR 3 OGOS

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Terengganu