LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 3 Ogos – Sebuah bot nelayan  tempatan Kelas A ditahan pada jarak lebih kurang 0.7 batu nautika dari Timur Laut Padang Kota Lama oleh bot peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang  pada jam 11.45 pagi.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, sebuah bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rutin rondaan di sekitar perairan Pulau Pinang, mengesan sebuah bot nelayan tempatan Kelas A sedang memukat dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang tekong lelaki warga tempatan berumur 50 bersama dua orang kru warga asing masing-masing Myanmar, 34 tahun dan Vietnam, 22 tahun berada di atas bot tersebut,” katanya

“Mereka ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Mereka juga akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa,” jelas beliau.

Menurut Hamizan, bot berkenaan berserta tekong dan dua kru, dua unit pukat hanyut, ikan campur dalam anggaran 10 kg ditahan dan diiringi ke Jeti PDRM Batu Uban untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Beliau menasihati semua pengusaha bot nelayan tempatan haruslah mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen vesel yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

guna warga asing.2

guna warga asing

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Pulau Pinang