LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUDAT, 31 Julai - Bukan sahaja menjarah hasil laut, malah bot yang digunakan juga disyaki bot yang diklonkan. Sebuah bot nelayan berpendaftaran tempatan namun dikendalikan warga Vietnam ditahan Maritim Malaysia dengan hasil rampasan gamat dianggarkan melebihi 300 kilogram.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau, Maritim Malaysia menahan bot berkenaan sekitar jam 4.40 petang (29 Julai 2019) pada kedudukan sekitar 1.8 batu nautika timur laut Pulau Mandi Darah, Pitas, Kudat.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan oleh warganegara Vietnam sebanyaknya enam orang yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun,” kata beliau.

“Pemeriksaan awal mendapati dokumen lesen bot sememangnya bot berpendaftaran tempatan, namun berdasarkan spesifikasi bot, ianya bercanggah dengan maklumat pada lesen bot terbabit. Malah pemeriksaan ke atas dokumen perjalanan diri nelaya  ini mendapati tiada rekod pergerakan keluar dan masuk ke Malaysia. Ini menambahkan lagi syak, maka kita tahan dan bawa balik untuk siasatan lanjut,” jelas beliau.

Bot terbabit selamat tiba di Jeti Awam Kudat kelmarin dengan diiringi oleh bot ronda Maritim Malaysia dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. Nilai kesuluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM 550 ribu meliputi bot, peralatan bot serta balat.

Menurut beliau lagi, bot terbabit memiliki peralatan seperti penggembur tanah bagi menangguk gamat namun kaedah yang digunakan mereka boleh menjejaskan sistem ekologi dan biodiversiti marin untuk jangka masa panjang.

 

BOT BALAT

BOT BALAT 2

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Kudat