LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 31 Julai – Kedegilan untuk mematuhi peraturan untuk tidak menceroboh ke kawasan larangan akhirnya membawa padah, apabila bot kenka tempatan kelas B di tahan Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang, pada kedudukan 3.5 batu nautika dari Barat Laut Tanjung Piandang, Perak  jam 11.10 pagi kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, hasil maklumat daripada orang awam bot ronda Maritim Malaysia menahan sebuah bot pukat tunda dipercayai sedang menunda ikan di kawasan zon A.

Menurut beliau, semasa menghampiri bot berkenaan, mereka mendapati kru bot sedang memotong pukat untuk meloloskan diri.  Hasil pemeriksaan tiga lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan berumur 49 tahun hingga 54 tahun berada di atas bot tersebut. Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan di luar kawasan yang ditetapkan.

"Bot tbersama satu gulung pukat tunda, dua tong ikan dan ikan campur anggaran 100 kg ditahan dan dibawa ke Jeti PDRM Batu Uban untuk siasatan serta tindakan lanjut,” katanya.

Beliau juga menegaskan Maritim Malaysia Pulau Pinang akan terus mempergiatkan pemantauan dan rondaan di perairan Pulau Pinang agar aktiviti menyalahi undang-undang jenayah laut dapat dibanteras sebaiknya.

CUBAAN LOLOS GAGAL

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Pulau Pinang