LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PERLIS, 13 Julai- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis telah menahan sebuah sampan tanpa no. pendaftaran yang menggunakan pukat hanyut pada jarak lebih kurang 2.3 batu nautika barat daya Kuala Sungai Baru, Perlis pada jam lebih kurang 2.15 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis,Komander Maritim Nurulazme Bin Zakariah berkata, sebuah bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan rutin disekitar perairan Perlis dan Kedah hari ini telah menahan sebuah sampan tanpa no. pendaftaran yang selesai memukat ikan menghala ke Kuala Sungai Baru, Perlis. Hasil daripada pemeriksaan tersebut mendapati lima orang awak-awak termasuk tekong warga tempatan dan empat orang awak-awak warganegara Thailand yang berumur diantara 21 hingga 36 tahun yang berada di atas sampan tersebut. Bot tersebut didapati telah melakukan kesalahan dibawah  Akta Perikanan 1985 kerana tidak memiliki lesen yang sah dan tiada kebenaran menggunakan pekerja asing serta Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak memiliki pas bekerja yang sahSemua awak-awak dan bot tersebut dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

“Pihak Maritim akan terus membuat rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara dari semasa ke semasa untuk mencegah aktiviti penyeludupan, pencerobohan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan utara Semenanjung Malaysia. Maritim Malaysia juga meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini. Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162,” jelas beliau.

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Kuala Perlis

LK (M) Mohd Shakyff Rizal bin Mohd Sali