LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LINGGI, 24 Jun – Anggota bot Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah melaksanakan bantuan ke atas seorang krew kapal MT Fortune Star yang dilaporkan tidak sedarkan diri di kapal pada jam 10.30 malam semalam di perairan Kuala Sungai Baru sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud berkata pihaknya menerima panggilan dari petugas pelabuhan Kuala Linggi memaklumkan bahawa terdapat seorang krew MT Fortune Star tidak sedarkan diri di kapal. Bertindak dengan aduan tersebut, pihak Maritim negeri ini menugaskan aset bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat dan memberi bantuan sewajarnya.

Tambah beliau, mangsa, Mohammad Musa, 41 tahun warganegara Bangladesh krew kapal tersebut yang tidak sedarkan diri telah dibawa ke Jeti Pelabuhan Kuala Linggi dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis  dan  dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk tindakan selanjutnya.

Ujar beliau lagi, ini merupakan kes kedua bagi tahun 2019 melibatkan kejadian kecemasan di laut perairan Melaka dan Negeri Sembilan. Beliau juga turut  menasihati orang ramai terutamanya komuniti maritim supaya lebih berhati-hati dan menitikberatkan keselamatan ketika berada di laut dan sekiranya terdapat kecemasan di laut terus hubungi  talian Pusat Operasi Maritim 06-3876730 dan 999 yang beroperasi secara 24 jam.

 

WhatsApp Image 2019-06-24 at 10.52.50 WhatsApp Image 2019-06-24 at 10.52.50 1

Sumber:

Unit Komunikasi dan Korporat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan