LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 19 JUN – Agensi PenguatkuasaanMaritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Tg. Sedili (ZMTS) menahan sebuah kapal kerana berlabuh tanpa kebenaran pada petang semalam di perairan Johor Timur.

Kepten Maritim Mohd Zulfadli bin Nayan, Pengarah ZMTS berkata, kapal tangki tanpa muatan yang berdaftar di Panama itu ditahan kapal peronda Maritim Malaysia pada kedudukan 4.0 batu nautika Timur Tanjung Penyusop. Penahanan dilakukan setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dari Pengarah Laut.

''Kapal tersebut yang dikendalikan oleh 12 kru termasuk Nakhoda (Master) berumur lingkungan 50 hingga 54 tahun terdiri daripada warganegara Bangladesh, India dan Indonesia dan Myanmar.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut. Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya," katanya. 

Zulfadli menjelaskan, Maritim Malaysia sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan akan sentiasa mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya Perairan Johor Timur.

MSO 19 JUN

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tg.Sedili