LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 19 JUN - Dua warga Thailand yang bekerja di atas bot nelayan tempatan Kelas A ditahan pada jarak 1.5 batu nautika dari barat Kuala Muda, Pulau Pinang oleh bot peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang pada jam 11 pagi kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan rondaan rutin di Perairan Pulau Pinang telah melakukan pemeriksaan bot tersebut dan mendapati kedua-dua warga Thailand berumur 30 tahun itu tidak memiliki permit sah untuk bekerja di atas bot tersebut.

Menurutnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu pemilik bot tidak usaha sendiri dan Akta Imigresen 1963 kerana tekong dan awak-awak tidak mempunyai kebenaran bekerja di Perairan Malaysia.

“Bot berkenaan beserta tekong dan seorang awak-awak diiringi ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Beliau juga mengingatkan pemilik bot haruslah mematuhi peraturan-peraturan dalam buku lesen vesel yang dikeluarkan Jabatan Perikanan Malaysia dan menegaskan Maritim Malaysia Pulau Pinang akan terus menggandakan usaha bagi mencegah berlakunya sebarang kesalahan di laut.

Orang awam diminta agar bekerjasama dalam melaporkan sebarang kejadian menyalahi undang-undang, kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 / 04-2643650.

BNT DIUSAHA WARGA ASING

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang