LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

 

LANGKAWI,  19 JUN – Seorang nelayan tidak menyangka aktiviti menangkap ikannya tergendala apabila beliau menemukan mayat seseorang dipercayai lelaki terapung pada kedudukan lebih kurang 0.1 batu nautika Tenggara Pulau Bumbum Besar, Langkawi pada jam 5.00 petang semalam.
 
Menurut Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Haji Rozali Bin Said, sebuah bot Maritim Malaysia telah diatur gerak ke tempat kejadian sebaik menerima laporan mengenai penemuan mayat tersebut.

“Mayat yang ditemui dalam keadaan tidak berpakaian itu kemudian dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Rozali memberitahu, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada orang awam tentang kehilangan ahli keluarga.

“Orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga diminta untuk menghubungi Pusat Operasi Maritim Langkawi di talian 04-9662750,” katanya.

MAYAT LANGKAWI

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis