LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PORT DICKSON, 18Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)Negeri Melaka & Negeri Sembilan berjaya menahan sebuah kapal barter tradeyang bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia di perairan Telok Kemang, Port Dickson pada petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daudberkata, pihaknya menahan kapal barter trade tersebut dalam Ops Murni yang dijalankan lebih kurang jam 4.30 petang di posisi lebih kurang 4.5 Batu Nautika Barat Laut Telok Kemang. .

Pemeriksaan awal pasukan geledah adalah tertumpu kepada aspek keselamatan namun hasil pemeriksaan lanjut mendapati barter trade dengan nama KM SUBUR JAYA berkenaan gagal menunjukkan dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia, sistem Automatic Identification System (AIS) juga tidak diaktifkan dan alat pemadam api di kapal tersebut telah tamat tempoh,” katanya.

“Kapal tersebut dipercayai telah belayar dari Port Klang menuju ke Tanjung Balai, Indonesia yang membawa muatan pakaian itu membawaseramai enam kru termasuk kapten kapal yang kesemuanya warga Indonesia yang berusia antara 28 hingga 60 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Amran menjelaskanmereka akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (Merchant Shipping Ordinance) MSO 1952 dan jika disabitkan kesalahan ianya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau juga berkata, pada tahun 2019 ini Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan telah berjaya membuat tangkapan sebanyak8 kes melibatkan kesalahan di bawahOrdinan Perkapalan Saudagar (Merchant Shipping Ordinance) MSO 1952. Beliau menegaskan pihaknya sentiasa meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan Melaka dan Negeri Sembilan, dan meminta  orang ramai menyalurkan jenayah dan kecemasan di laut di  talian Pusat Operasi Maritim 06-3876730 dan 999 yang beroperasi secara 24 jam.

PD BERSAUH TANPA KEBENARAN

PD BERSAUH TANPA KEBENARAN 2

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan