LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LUMUT,18 JUN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C ketika bot itu sedang melakukan kegiatan menangkap ikan kira-kira 4.7 batu nautika timur Pulau Pangkor petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Wan Mat Bin Wan Abdullah berkata, bot nelayan tersebut dikesan oleh KM Marlin yang sedang melakukan rondaan di kawasan tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut bersama tekong dan tiga awak-awak warganegara Myanmar telah melanggar syarat lesen yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perikanan dibawah Akta Perikanan 1985.

Menurut beliau, bot bersama tekong dan awak-awak yang berumur dalam lingkungan 18 sehingga 39 tahun kemudiannya diiringi ke Pusat Tahanan Vesel untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di zon larangan menangkap ikan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” jelas beliau.

Tambah beliau lagi, sungguhpun pihaknya kini giat membanteras aktiviti pencerobohan Bot Nelayan Indonesia di dalam perairan Malaysia dan di kawasan pertindihan, namun pada masa yang sama pihaknya tidak mengabaikan operasi mengekang perlanggaran undang-undang oleh bot-bot tempatan di perairan negeri ini.

“Pemilik-pemilik bot nelayan tempatan Perak untuk memberi kerjasama supaya tidak mengambil kesempatan melakukan pencerobohan zon menangkap ikan, pihak saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi nasib nelayan pantai.

BOT KELAS C DITAHAN 2

BOT KELAS C DITAHAN

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Perak