LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KLANG, 17 JUN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Australian Border Force (ABF) hari ini bersama-sama di majlis pelancaran Op Redback Siri 13/2019 bertempat di Klang Selangor.

Laksamana Pertama Maritim Anor bin Jaafar, Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim berkata, operasi bersama yang telah dilaksanakan sebanyak 13 kali sejak 2011 bersama Australia Border Force (ABF) ini telah dapat mengurangkan kegiatan migran dari Asia Barat seperti Iran, Pakistan dan Afghanistan yang menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebelum ke Australia dan ia telah mencatatkan jumlah sifar kes bagi tahun ini.

Tambah beliau, selain menangani kegiatan penyeludupan migran, perlaksanaan Op Redback kali ini memfokuskan penguatkuasaan ke arah membendung kegiatan jenayah rentas sempadan yang melibatkan pergerakan pengganas antarabangsa seperti militan IS, Daesh, penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia, penyeludupan migran dan sebagainya.

Operasi kali ini melibatkan seramai 80 orang pegawai dan anggota daripada Maritim Malaysia serta ABF dalam memastikan operasi redback ke 13 ini dapat mencapai matlamat yang disasarkan.

Operasi bersama ini dapat memberi pendedahan kepada setiap pegawai dan anggota terlibat dengan pelbagai teknik dan kemahiran dalam melaksanakan operasi berskala besar seperti ini. Maritim Malaysia dan ABF sentiasa bekerjasama bukan sahaja dari sudut pengoperasian malah latihan bersama juga kerap diadakan bagi memastikan setiap pegawai dan anggota mempunyai daya keupayaan yang tinggi dari segi latihan, bagi berdepan dengan sebarang situasi ketika melaksanakan operasi.

Komander Chris Waters daripada ABF Regional yang turut hadir dalam majlis perasmian turut berkata, operasi yang dilancarkan pada hari ini merupakan kesinambungan operasi yang terdahulu. Ia juga merupakan perkongsian strategik yang seterusnya ditunjukkan dalam kerjasama erat yang wujud di antara Maritim Malaysia dan ABF.

“Australia komited untuk bekerjasama dengan Malaysia serta rakan antarabangsa yang lain dalam usaha berdepan cabaran serta memperkukuhkan lagi keselamatan maritim antara negara," jelas beliau.

Op Redback Siri ke 13 ini akan dilaksanakan bermula 17 hingga 21Jun 2019, di mana terdapat dua fasa iaitu fasa taklimat dan fasa operasi. Melalui fasa taklimat, kesemua yang terlibat akan diberi penerangan berkenaan elemen kesedaran terhadap situasi ancaman keganasan di Malaysia sebagai persediaan awal anggota di lapangan bagi setiap operasi yang dijalankan serta Table Top. Manakala fasa operasi pula akan melibatkan aset dan kawasan operasi di Perairan Selagor.

Sehingga hari ini, hasil operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Maritim Malaysia telah merekodkan 333,078 jumlah penggeledahan dan 11,057tangkapan.Dari jumlah itu, bermula Januari 2006 hingga kini, sebanyak 1,183 kes tahanan pendatang tanpa izin yang meliputi seramai 8,300orang pendatang asing tanpa izin telah ditahan, yang melibat beberapa buah negara jiran.

Dengan adanya operasi seperti ini, ianya akan memberikan kesan positif bukan sahaja kepada kedua-dua negara malah negara serantau turut mendapat manfaat bersama. Maritim Malaysia dan ABF berharap Op Redback ini dapat meneruskan kesinambungannya pada masa akan datang.

REDBACK OP XIII

REDBACK OP XIII 2

REDBACK OP XIII 3

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia