LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 16 JUN – Sebuah bot kayu dengan nombor pendaftaran yang lazimnya dikenali sebagai 'Lima Sore' ditahan pada jam 3.00 pagi semalam di Perairan Johor Timur, pada kedudukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS).

Bot tersebut ditahan pada kedudukan lebih kurang 2.9 batu nautika selatan Teluk Ramunia bersama dua individu dipercayai warga Indonesia berumur 27 dan 29 tahun ketika cubaan memunggah barang-barang milik sebuah kapal dagang.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Sanifah Bin Yusof berkata, semasa kejadian, pada awalnya dua buah bot bersama empat individu ditahan. Semasa perjalanan untuk dibawa ke jeti Pos Maritim Pengerang sebuah bot bersama dua individu berjaya meloloskan diri ke perairan Indonesia ketika pihak Maritim Malaysia sedang melakukan pembaikan pada satu bot yang hampir tenggelam.

“Kerjasama antara pihak berkuasa Indonesia iaitu ASINTEL DANLANTAMAL IV dan BAKAMLA, membuahkan hasil apabila kedua mereka berjaya ditahan di Indonesia pada petang semalam,” jelas beliau.

Modus Operandi yang digunakan oleh kumpulan ini sama seperti kejadian yang pernah berlaku di Pulau Kukup yang menyasarkan kapal-kapal yang bergerak perlahan.

Kebiasaannya aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan namun tidak menggunakan senjata. Besi buruk serta barang yang mudah diambil seperti tali dan sebagainya adalah barang yang sering dicuri perompak seperti ini.

Kes disiasat dibawah seksyen 380 dan seksyen 445 Kanun Keseksaan iaitu mencuri serta pecah masuk. Jika didapati bersalah ,boleh dipenjara tidak lebih sepuluh tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Sanifah mengingatkan, pengusaha-pengusaha kapal dinasihatkan supaya menggunakan laluan perairan ini untuk lebih berhati-hati dan mengambil langkah yang sewajarnya bagi menghindari kejadian seumpama ini berlaku di masa hadapan seperti sentiasa hidupkan Ships Automatic Identification System (AIS), tambah jumlah petugas pemerhati kapal, berjaga-jaga dengan kehadiran bot yang mencurigakan dan melaporkan segera kepada pihak berkuasa tempatan sekiranya berlaku.

PENYAMUN SYAWAL

PENYAMUN SYAWAL 2

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tg.Sedili