LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA KEDAH, 16 JUN  Beroperasi secara haram tanpa sebarang dokumen sebuah bot nelayan kelas A yang menjalankan aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan pukat tunda ditahan semalam.

Bot nelayan tersebut ditahan oleh bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah lebih kurang jam 11.57 malam, pada jarak 0.2 batu nautika dari pantai Kuala Sala.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad, berkata, semasa cuba dihampiri bot tersebut memecut laju untuk melarikan diri. Namun hasrat nelayan tersebut terkubur kerana berjaya dipintas oleh bot peronda Maritim Malaysia.

“Bot nelayan tersebut yang dianggarkan bernilai RM20,000.00 kemudiannya dibawa ke dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut,”   

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 atas kesalahan melanggar syarat sah lesen.

Beliau juga menegaskan kepada pengusaha-pengusaha bot nelayan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan.

Kerjasama erat dikalangan komuniti maritim setempat merupakan faktor utama dalam membanteras pelanggaran undang-undang dan kegiatan jenayah di laut.

BOT TUNDA HARAM INDON

BOT TUNDA HARAM INDON 2

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam zon Maritim Kuala Kedah