LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LUMUT, 16 JUN – Sebuah bot nelayan tradisional Indonesia yang sedang asyik menangkap ikan ditahan  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak pada kedudukan 29 batu nautika barat laut dari Pulau Jarak pada jam 1.30 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Wan Mat bin Wan Abdullah berkata, bot nelayan Indonesia tersebut dikesan oleh kapal Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan di kawasan tersebut.

Bot yang membawa seorang tekong dan empat awak-awak yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan melakukan penangkapan ikan secara haram di dalam perairan  Malaysia,” jelasnya lagi.

Wan Mat berkata ini merupakan kali ketiga bot nelayan tradisional Indonesia memasuki perairan Malaysia dalam minggu ini.

“Walaupun sering ditegaskan melalui media massa bahawa Maritim Malaysia akan menahan mana-mana vesel penangkapan ikan asing yang menceroboh dan menjalankan aktiviti penangkapan dalam perairan Malaysia, namun masih terdapat  nelayan Indonesia yang tidak mengendahkannya”’ jelasnya.

BOT INDON DITAHAN

BOT INDON DITAHAN 2

 

Sumber: Unit Komunkasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Perak