LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LAHAD DATU, 13 JUN - Sebuah bot jenis pam bot membawa lapan warga asing tanpa dokumen pengenalan diri yang sah ditahan Maritim Malaysia Zon Maritim Lahad Datu lebih kurang jam 6.50 petang semalam, pada jarak lebih kurang 1.5 batu nautika timur berhampiran Kampung Desa Bajau, Lahad Datu.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, ketika pihaknya sedang melakukan Op Pluto Timur 2/2013 di perairan Teluk Lahad Datu, sebuah pam bot yang dalam keadaan mencurigakan telah ditahan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang tekong dan tujuh orang penumpang kesemuanya warga Filipina.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati juragan bot berumur 65 tahun membawa seorang penumpang wanita dewasa berumur 17 tahun serta enam lelaki dalam lingkungan umur 28 hingga 55 tahun, masing-masing gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.” jelas beliau.

"Kesemua Pati ditahan dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. Jika didapati bersalah suspek boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

8 pati ditahan 2

8 pati ditahan

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam zon Maritim Lahad Datu