LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 8 JUN - Tiga buah bot penumpang yang melakukan pelbagai kesalahan ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang pada kedudukan lebih kurang 0.1 batu nautika dari Timur Teluk Duyong pada jam 12.30 tengahari.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, ketiga-tiga bot penumpang itu sedang dalam perjalanan membawa pelancong dari Jeti Teluk Bahang ke Pantai Kerachut.

Hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga buah bot yang dikendalikan tiga lelaki warga tempatan berumur lingkungan 29 hingga 38 disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Dua daripada bot tersebut didapati beroperasi tanpa lesen dan dokumen yang sah serta tidak memiliki perlindungan insurans bot. Manakala sebuah bot lagi dioperasikan oleh bukan nakhoda sepertimana yang tercatit di dalam lesen bot.

“Kesemua bot berkenaan bersama operator bot ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban, Pulau Pinang untuk siasatan serta tindakan lanjut,” katanya.

Beliau juga menegaskan Maritim Malaysia Pulau Pinang akan terus mempertingkatkan pemantauan dan rondaan di sekitar Perairan Pulau Pinang serta mengingatkan pemilik bot penumpang agar mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

3 BOT PENUMPANG DITAHAN 2

3 BOT PENUMPANG DITAHAN

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Pulau Pinang