LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 1 Jun - Sebuah bot nelayan tempatan (BNT) yang berpangkalan di Kuala Kedah karam ketika keluar mencari rezeki di laut di kedudukan kira-kira 2.7 batu nautika barat Pulau Langkawi malam tadi kerana dipukul ribut.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Haji Rozali bin Mohd Said berkata, bot berkenaan pada awalnya dilaporkan mengalami kerosakan oleh pemilik pada jam 12:00 malam dan Pusat Operasi Maritim Langkawi telah mengarahkan aset yang beroperasi untuk membuat pemantauan namun terpaksa berpatah balik kerana keadaan laut yang bergelora.

Meskipun bot berkenaan karam namun dua orang mangsa berjaya diselamatkan selepas aset Maritim Malaysia digerakkan sebaik keadaan laut baik pada jam 7.30 pagi.

“Mangsa ketiga berjaya diselamatkan selepas MRSC Langkawi mengaktifkan operasi CARILAMAT pada jam 8:30 pagi. Mangsa dibawa ke Jeti APMM Bukit Malut. Kesemua mangsa yang berumur diantara 32 hingga 51 tahun itu dibawa ke Hospital Langkawi untuk pemeriksaan lanjut,” jelas beliau.

Para nelayan diingatkan agar sentiasa menyediakan peralatan keselamatan secukupnya dan memastikan kondisi bot dalam keadaan baik sebelum ke laut mencari rezeki kerana dikhuatiri keadaan cuaca buruk sejak kebelakangan ini. Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis (Langkawi) di talian 04-9662750.

BOT KARAM 3 SELAMAT

BOT KARAM 3 SELAMAT 2

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis.