LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Johor Bahru, 31 Mei – Empat buah bot bersama 11 individu dipercayai warga Indonesia ditahan dalam dua kejadian curi di laut pada jam kira-kira 10.20 malam dan 1.30 pagi. Kesemua mereka ditahan oleh Kapal Peronda Maritim Malaysia Negeri Johor ketika melaksanakan Operasi Khas Pagar Laut 2/2019 yang bermula 20 Mei lalu.

Menurut Pengarah Maritim Malaysia Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Bin Haji Abdul Rashid berkata, dua bot ditahan bersama enam individu ditahan kerana disyaki mencuri peralatan Kapal SC LANCER di kedudukan lebih kurang 3.2 batu nautika barat daya Pulau Kukup berjaya ditahan.

“ Manakala, dua buah bot lagi bersama lima individu disyaki mencuri barang-barang dari Barge SINAR ASIA 2912 yang ditunda TB ASIA JAYA di kedudukan lebih kurang 2.3 batu nautika barat daya Pulau Kukup berjaya ditahan Kapal Peronda Maritim Malaysia. Kapal TB ASIA JAYA sedang dalam pelayaran dari Tawau ke Pulau Pinang manakala SC LANCER sedang dalam pelayaran dari Batam, Indonesia menuju ke Chitagong,Bangladesh,” jelas beliau.

Aminuddin memberitahu, modus operandi yang digunakan mereka adalah sama seperti kejadian-kejadian yang lalu. Mereka menyasarkan kapal-kapal yang bergerak perlahan dan mempunyai freeboard (ketinggian dari aras permukaan laut) yang rendah seperti kapal yang sedang menunda barge.

“Aktiviti ini sering dilakukan secara berkumpulan namun tidak menggunakan senjata. Kebiasaanya, barang-barang yang dicuri adalah besi buruk atau barang yang mudah diambil seperti tali dan sebagainya,” terangnya lagi.

Setakat tahun ini, hanya dua kejadian seperti berlaku. Hasil data, menunjukkan perairan Johor dalam keadaan terkawal dan selamat. Justeru itu, kapal-kapal yang menggunakan laluan perairan ini dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya begi menghindari kejadian ini daripada berlaku.

KES CURI DILAUT

KES CURI DILAUT 2

KES CURI DILAUT 3

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Johor