LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 31 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri Kedah Perlis dan Jabatan Laut, semalam telah menjalankan satu operasi bersama iaitu program pencengahan mencari dan menyelamat di Kuah, Langkawi.

Menurut Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd. Said berkata, program ini dijalankan bagi memastikan feri-feri yang beroperasi berada dalan keadaan baik. selain, memupuk kesedaran awal kepada krew-krew dan penumpang-penumpang feri tentang kepentingan keselamatan di laut.

“Dengan adanya program pencegahan seperti ini kita dapat mengelakkan kejadian- kejadian yang tidak diingini daripada berlaku dari kecuaian dan ketidakpatuhan,” katanya.

Pemeriksaan ke atas empat buah feri yang melibatkan lebih 400 penumpang menemui pelbagai masalah yang perlu diatasi segera. Antaranya,pintu kedap air yang tidak berfungsi sepenuhnya, sistem siaraya yang berfungsi dengan baik menyebabkan sebarang pengumuman tidak dapat dibuat, kedudukan jaket keselamatan sukar diakses dan banyak lagi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, ada feri yang tidak pernah melakukan latihan kebakaran. Ini merupakan kesalahan yang amat berat kerana ia mampu memberi masalah yang besar sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini,” jelas beliau.

Pihak Maritim Malaysia dan Jabtan laut juga memberikan taklimat keselamatan di laut kepada penumpang- penumpang disamping demonstrasi cara-cara pemakaian jaket keselamatan yang betul.

Jabatan Laut akan mengambil tindakan selanjut ke atas kesalahan yang dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan.

PROG PENCEGAHAN SAR22

PROG PENCEGAHAN SAR

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Kedah dan Perlis