LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

JOHOR BAHRU, 30 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor telah melaksanakan Operasi Khas Pagar Laut 2/2019 bermula 20 Mei hingga 14 Jun di perairan negeri Johor bagi memastikan kesejahteraan zon maritim negeri Darul Takzim itu sentiasa dipantau dan dikawal daripada sebarang kegiatan jenayah maritim.                                                                               

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid berkata, aset dan anggota diletakkan dalam keadaan sentiasa bersiapsiaga bagi mendepani sebarang cubaan perlakuan jenayah maritim terutamanya kes Pendatang Tanpa Izin(PATI) yang dijangka meningkat ketika musim perayaan.

Disamping tugas-tugas penguatkuasaan, aset dan anggota maritim juga sentiasa diletakkan dalam keadaan bersiapsiaga untuk melaksanakan tugas mencari dan menyelamat(SAR) jika terdapat sebarang kes kecemasan di laut.

“Aset-aset Maritim Malaysia yang melakukan rondaan di laut dan pengawasan sempadan juga diarahkan untuk melakukan perhubungan komunikasi dengan bot-bot nelayan tempatan yang merupakan antara mata dan telinga kepada Maritim Malaysia,” katanya.

Sebagai langkah pencegahan, Maritim Negeri Johor melakukan pemeriksaan terhadap bot-bot feri penumpang yang beroperasi di sekitar negeri ini bagi memastikan pematuhan undang-undang dan tahap keselamatan yang baik diamalkan oleh pengusaha-pengusaha feri penumpang.

Beliau juga menasihatkan kepada sesiapa yang ingin keluar atau masuk ke negara ini untuk menggunakan cara yang betul dan mematuhi undang-undang. Tindakan menggunakan cara yang salah dan melanggar undang-undang akan mengakibat keselamatan nyawa mereka terancam dimana tekong-tekong bot haram ini mengendalikan bot hanya demi keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan keselamatan penumpang.

PEMANTAUAN AIDILFITRI  3

PEMANTAUAN AIDILFITRI 2

PEMANTAUAN AIDILFITRI

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Johor