LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PORT DICKSON, 26 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka & Negeri Sembilan telah berjaya menahan dua buah bot penumpang di kedudukan kira-kira 0.3 Batu Nautika Barat Laut pantai Telok Kemang Port Dickson pada jam lebih kurang 9.30 pagi semalam.

Kepten Maritim Hj Amran bin Daud, Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri sembilan berkata, penahanan dua bot penumpang ketika membuat rondaan di sekitar perairan Negeri Sembilan dalam satu rutin operasi harian.

“Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas kedua-dua bot yang berada berdekatan mendapati dua orang tekong dan seorang pembantu bot warga tempatan telah membawa bot jenis gentian kaca menjalankan operasi membawa penumpang secara berlebihan dan memiliki dokumen pengesahan dari Jabatan Laut Malaysia yang meragukan. Kedua-dua tekong serta dua bot ditahan dan akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.”

Tegas beliau, pada bulan Mei tahun 2019, Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan telah berjaya membuat tangkapan sebanyak tiga kes termasuk tangkapan satu bot penumpang pada 3 Mei 2019 yang lepas di atas pelbagai kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Beliau menasihatkan pengusaha - pengusaha bot penumpang tidak mementingkan keuntungan semata-mata dan mengabaikan aspek keselamatan ketika membawa pelancong bagi mengelakkan sebarang kecelakaan berlaku. Beliau menegaskan pihaknya sedang melaksanakan OP KHAS PAGAR LAUT 1/2019 sempena musim perayaan yang bakal tiba dan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan Melaka dan Negeri Sembilan, dan meminta  orang ramai menyalurkan jenayah dan kecemasan di laut di  talian Pusat Operasi Maritim 06-3876730 dan 999 yang beroperasi secara 24 jam.

WhatsApp Image 2019-05-26 at 11.58.19 2  

Sumber :

Unit Komunikasi korporat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan