LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA TERENGGANU, 29 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), berjaya menahan lapan buah bot nelayan asing Vietnam melibatkan 63 nelayan asing Vietnam dalam satu operasi dipanggil Ops Naga dengan nilai rampasan dianggarkan lebih RM 10.5 juta.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar berkata, KM Pekan kini sedang melakukan Ops Naga, Ops Makmur siri 20/19, Ops Iman dan Ops Damai yang merangkumi perairan negeri-negeri Pantai Timur. Pada 25 Mei lalu, KM Pekan telah menahan enam buah bot. Bot- bot tersebut ditahan jam 10 pagi hingga 1.50 tengahari pada kedudukan 110 batu nautika hingga 130 batu nautika dari Muara Tok Bali.

Beliau menambah, selain KM Pekan sebuah bot nelayan asing Vietnam yang menceroboh dan mencuri hasil laut Malaysia juga telah ditahan oleh Kapal TLDM KD Handalan pada 26 Mei pada jarak 100 batu nautika dari Kuala Terengganu dan sebuah Bot nelayan asing Vietnam lagi telah ditahan oleh Bot Maritim Penyelamat 7 semalam pada 7.30 malam pada jarak 39 batu nautika dari Muara Tok Bali.

Pemeriksaan lanjut yang dilaksanakan terhadap lapan buah bot yang ditahan mendapati kesemua 63 nelayan Vietnam berumur di antara 18 hingga 57 tahun dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurutnya lagi, Ops Naga yang dilancarkan untuk membanteras bot-bot nelayan asing Vietnam sehingga kini telah melakukan 496 pemeriksaan dan tangkapan sebanyak 41 bot nelayan Vietnam di perairanTerengganu,Kelantan dan Pahang.

“Jumlah kru Vietnam yang ditahan adalah sebanyak 367 orang manakala anggaran rampasan keseluruhan 41 bot tersebut adalah sebanyak RM45 juta,” jelas beliau.

Tambah beliau, Maritim Malaysia akan meningkatkan rondaan pada musim perayaan ini bagi memastikan perairan negara dalam keadaan selamat dan terkawal kerana pelbagai jenayah boleh berlaku oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Justeru beliau menyeru kerjasama daripada nelayan tempatan dan masyarakat setempat untuk melaporkan sebarang salah laku di perairan negara melalui talian MERS 999 atau 09-6223657 (Pusat Operasi) Maritim Negeri Terengganu.

OPS NAGA TANGKAP LAPAN BOT VIETNAM CURI HASIL LAUT NEGARA

OPS NAGA TANGKAP LAPAN BOT VIETNAM CURI HASIL LAUT NEGARA 2

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Pahang