LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

JOHOR BAHRU, 29 Mei – Sebuah Bot Nelayan Tempatan (BNT) yang dikendalikan tiga awak-awak warga tempatan termasuk tekong berumur 27 hingga 34 tahun ditahan Maritim Malaysia, Negeri Johor ketika sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan di kawasan yang tidak dibenarkan.

 

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid, berkata, aktiviti menunda pukat di kedudukan satu batu nautika barat Pulau Pisang pada jam lebih kurang 2.45 petang semalam berjaya dikesan oleh Kapal Maritim yang sedang melakukan rondaan Ops Khas Pagar Laut 2/2019.

 

Hasil pemeriksaan terhadap buku lesen bot tersebut juga mendapati bot pernah dikompaun atas kesalahan yang sama.

 

"Bot dan semua kru ditahan dan diiringi ke Jeti Maritim Negeri Johor bagi tujuan siasatan. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 atas kesalahan melanggar syarat lesen. Kesalahan boleh dikompaunkan dan lesen boleh digantung jika disabit kesalahan," katanya.

DITAHAN LANGGAR KAWASAN

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Johor