LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

MIRI, 29 Mei – Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Bergitulah nasib sebuah bot nelayan Vietnam yang cuba mengaburi penguatkuasa, namun berjaya ditahan oleh bot peronda Maritim Malaysia di sini, semalam.

Kepten Maritim Md. Fauzi bin Othmanberkata, pihaknya telah menerima aduan mengenai kehadiran nelayan asing khususnya di perairan Sarawak.

“Bot Peronda Maritim telah mengesan sebuah bot nelayan yang mencurigakan. Hasil pemerhatian mendapati bot yang mirip bot nelayan tempatan sedang menangkap ikan. adalah bot yang berasal dari negara Vietnam.” tambahnya lagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati, seramai 16 orang warganegara Vietnam berumur lingkungan 16 hingga 46 tahun, dipercayai bekerja di atas bot berkenaan tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

Pemeriksaan lanjut mendapat bot nelayan berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen kebenaran menangkap ikan di perairan Malaysia daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Seberat satu tan ikan baja dan sebuah bot telah disita yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM500,000.00. Kesemua awak-awak bersama bot di serahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963,” jelas beliau.    

Beliau menjelaskan pihaknya akan terus meningkatkan penguatkuasaan undang-undang di perairan Miri agar semua aktiviti pencerobohan dapat dibendung. Kerjasama daripada masyarakat terutamanya komuniti nelayan dalam memberikan maklumat amat dialu-alukan bagi membantu Maritim Malaysia dalam membanteras jenayah di laut.

ZON MIRI TAHAN BOT VIETNAM

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Miri