LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 28 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Tg.Sedili (ZMTS) telah menahan sebuah kapal kerana berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur.

Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Bin Nayan berkata, sebuah kapal tangki yang berdaftar di Cook Islands ditahan bot ronda Maritim Malaysia di kedudukan 3.5 batu nautika Timur Tanjung Penyusop pada jam lebih kurang 2.00 petang dalam Op Khas Pagar Laut 2/19 yang dilancarkan sejak 20 Mei lalu sempena musim perayaan. Penahanan dilakukan setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dari Pengarah Laut.

Kapal tersebut yang dikendalikan 12 kru termasuk Nakhoda (Master) berumur dalam lingkungan 20 hingga 58 tahun. Empat kru berwarganegara Indonesia dan selebihnya warganegara Myanmar.

''Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut. Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM 100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Manakala bagi Seksyen 72(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu kru kapal tidak mencukupi boleh didenda sehingga RM 100 ribu. Dua kru setiap kapal tersebut dibawa ke pejabat ZMTS untuk tindakan selanjutnya'' katanya lagi.

Zulfadli menegaskan pihak Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang maritim terutama pada musim perayaan bagi membanteras dan menyekat aktiviti jenayah di perairan negara khususnya Perairan Johor Timur.

BERSAUH TANPA KEBENARAN

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tg.Sedili.