LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PELABUHAN KLANG, 26 Mei – Dua buah bot nelayan tempatan Kelas B membawa lapan warga asing tanpa dokumen pengenalan diri yang sah ditahan Maritim Malaysia Negeri Selangor lebih kurang jam 3.15 petang, kelmarin pada jarak 23.6 batu nautika Pulau Ketam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, ketika pihaknya sedang melakukan Op Ehsan di perairan Selangor, sebuah bot nelayan yang dalam keadaan mencurigakan telah ditahan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang tekong dan dua orang awak-awak warga Indonesia bekerja di atas bot berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati tekong mempunyai status permastautin tetap manakala dua orang awak-awak tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Manakala, tangkapan kedua yang dilakukan mendapati, tekong dan tiga orang awak-awak warga Indonesia tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” jelas beliau.

Dalam kejadian yang berasingan, sebuah feri penumpang yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam telah ditahan lebih kurang jam 11.00 pagi, semalam. Hasil pemeriksaan mendapati, seorang lelaki warga Myanmar telah memasuki negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan.

Kesemua mereka yang ditahan berumur 26 hingga 58 tahun. Mereka yang ditahan serta bot di bawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut.