LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PORT DICKSON, 26 Mei – Dua buah bot penumpang berjaya ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka & Negeri Sembilan di kedudukan 0.3 batu nautika Barat Laut pantai Telok Kemang Port Dickson pada jam lebih kurang 9.30 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Hj Amran bin Daud berkata, penahanan dua bot penumpang tersebut dilakukan oleh anggota Maritim Malaysia yang membuat rondaan di sekitar perairan Negeri Sembilan dalam satu rutin operasi harian.

“Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua bot mendapati dua orang tekong dan seorang pembantu bot warga tempatan telah menjalankan operasi membawa penumpang secara berlebihan dan memiliki dokumen pengesahan dari Jabatan Laut Malaysia yang meragukan. Kedua-dua tekong serta dua bot ditahan dan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya.

Beliau menasihatkan pengusaha - pengusaha bot penumpang tidak mementingkan keuntungan semata-mata dan mengabaikan aspek keselamatan ketika membawa pelancong bagi mengelakkan sebarang kecelakaan berlaku.

Beliau menegaskan pihaknya sedang melaksanakan OP KHAS PAGAR LAUT 1/2019 sempena musim perayaan yang bakal tiba dan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan Melaka dan Negeri Sembilan, dan meminta orang ramai menyalurkan jenayah dan kecemasan di laut di talian Pusat Operasi Maritim 06-3876730 dan 999 yang beroperasi secara 24 jam.

BOT BAWA PENUMPANG LEBIH MUATAN DITAHAN 1

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim MalaysiaNegeri Melaka & Negeri Sembilan