LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 26 Mei – Dua buah bot nelayan  tempatan Kelas A ditahan pada jarak lebih kurang 1.0 dan 1.4 batu nautika dari Timur Laut Tanjung Bungah oleh bot peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang  pada jam 5.15 petang dan 5.30 petang kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, sebuah bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rutin rondaan di sekitar perairan Pulau Pinang dan telah mengesan dua buah bot nelayan tempatan Kelas A sedang memukat dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan mendapati dua tekong dan seorang kru warga tempatan serta dua kru warga Thailand kesemuanya lelaki  berumur dalam lingkungan 28  hingga 48 tahun berada di atas kedua-dua bot tersebut.

“Kesemua mereka ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Perikanan Malaysia dan lesen bot yang telah tamat tempoh,” jelas beliau.

Kesemua mereka serta bot  ditahan dan diiringi masuk ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Beliau mengingatkan semua pengusaha bot nelayan tempatan haruslah mematuhi segala peraturan lesen vesel yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

DUA BNT DITAHAN 3

DUA BNT DITAHAN 2

DUA BNT DITAHAN 1

DUA BNT DITAHAN

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang