LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LABUAN, 22 Mei Dua buah kapal kargo ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Labuan di perairan Beaufort kira-kira 6.4 batu nautika dan 7.2 batu nautika Barat Teluk Padas, Beaufort Sabah pagi kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Che Adnan bin Md Isa berkata, sebuah kapal kargo yang dalam pelayaran di kawasan perairan Teluk Padas, Beaufort Sabah

telah dikesan oleh kapal Maritim Malaysia pada jam sekitar 8.40 pagi.

Hasil pemeriksaan mendapati kapal yang membawa seorang nakhoda warganegara Malaysia, 56 tahun dan dua orang kru warganegara Filipina masing-masing 37 dan 42 tahun berada di atas kapal tersebut. Ketika pemeriksaan dijalankan mereka didapati berlayar tanpa engineer officer seperti yang diperuntukkan di dalam lesen kapal dan telah melakukan kesalahan di bawah Boat Rules 1953 kerana beroperasi tanpa keanggotaan yang mencukupi sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai pelabuhan. Jika disabit kesalahan, hukuman denda sebanyak RM10 ribu atau kompaun sebanyak RM5 ribu,” katanya.

Che Adnan memberitahu, sebuah lagi kapal kargo telah diperiksa pada jam sekitar 9.30 pagi. Hasil pemeriksaan mendapati kapal kargo yang membawa muatan air bersih

Malaysia. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, nama nakhoda tidak sama seperti dalam lesen.

“Kapal tersebut yang membawa seorang nakhoda warganegara Indonesia, 33 tahun dan empat orang kru warganegara tempatan dalam lingkungan 27 hingga 54 tahun disyaki melakukan kesalahan di bawah Boat Rule 1953 iaitu gagal melaporkan pertukaran nakhoda kepada pegawai pelabuhan,” jelas beliau.

“Kedua-dua kapal tersebut telah ditahan dan dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan siasatan lanjut,katanya.

KAPAL KARGO.2

KAPAL KARGO

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Labuan