LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU, 21 MeiSembilan pemancing warga tempatan berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Tawau apabila bot yang dinaiki mereka kehabisan minyak dan hanyut di sekitar perairan Inderasabah, Tawau petang kelmarin.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi), Komander Maritim Mohd Yusri bin Hussin berkata, mereka menerima panggilan telefon daripada salah seorang penumpang bot pemancing berkenaan mengenai kejadian tersebut dan telah mengaturgerak bot peronda Maritim Malaysia, Banggi 13 yang ke lokasi kejadian pada jam lebih kurang 5.50 petang mengikut lokasi yang diperolehi.

"Bot Banggi 13 yang diketuai oleh Bintara Muda Maritim Kasman bin Kasim bersama lima anggota Maritim Malaysia, menemukan bot berkenaan dalam keadaan selamat pada jam 7.00 petang di sekitar lokasi kejadiaan dan seterusnya mengiringi kesemua mangsa ke jeti Yatch Club, Tawau," katanya.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa membuat persediaan sewajarnya sebelum turun ke laut, terutamanya kini di musim Monsun Barat Daya. Selain itu, orang ramai juga disaran memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat mahupun aduan salah laku jenayah maritim menerusi Pusat Operasi, Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999.

 

PR BANTUAN BOT MEMANCING

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tawau