LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA KEDAH, 21 Mei – Pemeriksaan mengejut ke atas beberapa feri penumpang dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah bersama Jabatan Laut Malaysia (Pejabat Laut Kuala Kedah), dalam memastikan tahap keselamatan penumpang dan pematuhan undang-undang di laut tidak diabaikan.

Timbalan Pengarah Zon ( Operasi ) Maritim Kuala Kedah  Leftenen  Maritim Hairil Izhar bin Noraazmi berkata kerjasama dilaksanakan bersama Jabatan Laut adalah untuk menjamin pematuhan kepada prosedur keselamatan dan undang-undang di laut susulan beberapa aduan dan kejadian sebelum ini disamping menyekat pelakuan kesalahan lain.

Pemeriksaan tidak tertumpu kepada feri yang bergerak keluar daripada Pulau Langkawi sebaliknya feri yang berlepas dari Terminal Jeti Penumpang Kuala Kedah turut diperiksa.

Sepanjang operasi ini dilaksanakan, beberapa ketidakpatuhan kepada aspek keselamatan dikesan dan amaran keras telah dikeluarkan terhadap pengusaha-pengusaha feri.

Kerjasama baik bersama Jabatan Laut Malaysia telah menghasilkan kejayaan operasi pada hari ini. Pihak Jabatan Laut juga telah melakukan injek latihan kebakaran terhadap feri bagi menilai tahap kecekapan kru-kru feri berkenaan dalam berhadapan dengan sebarang bentuk kejadian kecemasan.

Pemantauan dan pemeriksaan akan sentiasa dilakukan dari masa ke semasa. Pihak Maritim Malaysia sentiasa bersedia dalam memastikan tiada sebarang pelanggaran prosedur keselamatan dan undang-undang bagi menjamin kelancaran dan keselamatan terutamanya pengguna feri.

FERI PEMANTAUAN AIDILFITRI

FERI PEMANTAUAN AIDILFITRI.2

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Kedah dan Perlis