LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

BINTULU,18 MEI - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang pada 13 Mei lalu telah berjaya ditemui dalam keadaan selamat kira-kira jam 8.15 pagi pada 17 mei berhampiran Kuala Sibuti, Miri pada jarak lebih kurang 65 batu nautika dari bintulu.

Mangsa ditemui oleh komuniti nelayan yang turut bersama-sama dalam usaha pencarian. Siasatan awal mendapati bot mangsa telah mengalami kerosakan pada enjin menyebabkan hanyut kira-kira 55 batu nautika dari posisi terakhir mangsa hilang. Mangsa juga terpaksa mendayung bot hingga ke Muara Tatau sebelum ditemui selamat.

Mangsa telah dibawa ke Jeti Polis Marin Kampung Jepak oleh anggota Maritim Malaysia Zon Maritim Miri bagi tindakan susulan sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa.

NELAYAN HILANG 13 MEI DITEMUI SELAMAT

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Miri